Friday, 24 April 2015

Biodata Diriku Part 1

25/04/2015

Setiap 1st post pasti menerangkan tentang diri si Penulis. Jadi di sini saya cuma mahu share dengan anda semua tentang diri saya siapa saya dahulunya.

Saya dilahirkan d sebuah tempat yang diberi nama Rumah Kerajaan Layang-Layangan, W.P.Labuan. Saya ni tidaklah hebat mana. Dilahirkan pun dalam rumah sahaja. Sedar tidak sedar saya sudah sekolah rendah.

Saya dilahirkan di Pulau Labuan. Saya dulu sekolah di kampung saja pun. Tiada yang specialnya dekat sekolah saya ni. Cuma biasa-biasa. Saya dulu sekolah rendah d SK. Layang-Layangan. Semasa d bangku sekolah rendah saya cuma suka bermain, buat bising dalam kelas, dan kalau saya penat, saya just tidur dalam kelas. Tapi saya suka sangat subjek matematik. Biarpun sa biasa-biasa saja, dari darjah 1-6, saya mengekalkan diri saya...saya pertahankan diri saya, setiap kali exam, saya punya target hanya 1....saya perlu bertahan dalam kelas paling pandai.. so dari darjah 1 hingga darjah 6, yes saya memang dapat bertahan dalam kelas yang paling pandai.. okay ka tak okay?? Bagi anda semua, mungkin biasa-biasa. Tapi bagi saya budak yang baru berumur sekolah rendah, itu pencapaian yang sangat luarbiasa...

Kesimpulannya, bila kita ada target yang jelas dan tindakan yang positif...kita pasti dapat capai apa yang kita impikan..